Pages




Setelah sebulan Piala Dunia Afrika Selatan 2010 berlangsung, baru hari ini aku berminat utk menyentuh sedikit tentang perkembangannya sbg membuka semula lembaran blog aku ini setelah semua entry terdahulu dibuang. So, memeang tak sahlah kiranya kalo aku tak menyentuh serba sedikit tentang sukan kegemaran aku ini yg hanya menanti detik penentuan juara pada weekend nih.

Urmmm, semestinya semua sudah maklum tentang kejutan-kejutan yang berlaku terutamanya penyingkiran pasukan-pasukan utama yang diramal mampu menjuarai Piala Dunia edisi kali ini seperti Perancis, England, Argentina, Brazil dan terbaru Jerman. Pemain-pemain bintang yang diramal mampu menyerlah ibarat jaguh kampung atau dalam bahasa kasarnya hampeh. Semua ramalan itu adalah meleset sebab yang meramalkannya adalah manusia. Sapa suruh percaya? Cuba suh Sotong Paul ramalkan mesti tepat.. Hahaha

Sotong "Kurita" Paul (Paul Octopus) menjadi personaliti yang paling hot dalam Piala Dunia kali nih, mengalahkan Fabio Capello ke, Messi ke, Rooney ke.. sebabnya dia dikatakan boleh meramalkan dengan tepat terutamanya untuk pasukan negara kediamannya Jerman walaupun dia dilahirkan di England. Dia hanya perlu bergerak ke bendera pasukan yang diramalkannya menang.. dan semuanya buat masa ini betul. Terdahulu, kurita meramalkan Jerman mengalahkan Australia dalam perlawanan pembukaan, kemudian kalah kepada Serbia sebelum menang dengan Ghana, menang ke atas England dan Argentina... yg pastinya paling kambing adalah dia memilih Spain utk ke final dan sekali lagi adalah betul. Demmmm


Pastinya sotong ini akan mendapat permintaan tinggi. Adakah Manchester City atau Real Madrid mahu membelinya untuk liga yang akan berlangsung tak lama lagi? Atau adakah Sir Alex Ferguson mahu menjual Rooney untuk membida sotong ini? Hahah.. paper pun layankan ajer.. kalo dier ramalkan Malaysia menang pun bukan aku dapat aper pun... Err, Paul.. ko duduk atas bendera tuh ko ramalkan aper sebenarnya? Ke ko tengah kending? Siot lu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...