Pages





Dipinjam dari blog Aidid Mu'addib (Say No To MLM)

Malaysia ialah pusat kecemerlangan perubatan sedunia. Siapa tak setuju dengan kenyataan ini adalah “Melayu liberal berkiblat Barat”.

Perubatan Malaysia lebih hebat dari Amerika, Eropah, Jepun dan Israel. Cuma tiada Nobel prize diberikan kepada orang Malaysia kerana komiti Nobel prize adalah racist kepada orang Melayu. Mereka cuma mahu beri kepada orang puteh sahaja.

Bagaimana saya tahu Malaysia adalah negara perubatan terhebat di dunia? Ini kerana orang Malaysia telah MENEMUI berpuluh-puluh kaedah perubatan yang boleh menyembuhkan penyakit yang mana orang Barat masih terkapai-kapai untuk mengubatinya. Bukan satu, malah berbelas-belas jenis ubat. Bahkan, ubat-ubat itu boleh mengubati KESEMUA penyakit, bukan macam perubatan mat saleh/omputih, satu ubat untuk satu penyakit sahaja.

Kalau anda tak percaya pada saya, cuba anda jalan-jalan di pasar malam, di pasar Chowkit, di ceramah2 politik, di pasar tani, dan sebagainya. Tuan-tuan dan puan-puan akan jumpa pelbagai ubat yang boleh menyembuhkan semua penyakit.

“Ubat Gamat resepi istimewa dari kampung, boleh guna untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari tuan-tuan dan puan-puan.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...