Pages





Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan... KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.

HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini... Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku ini... jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman... tolong la ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Tiba-tiba....

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "

Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.

Walaupun, hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, hujan lebat membasahi bumi dan dingin sekali. Beliau bangun dari katilnya, walaupun sejuk tetapi badannya terasa panas. Tekaknya terasa haus. Beliau terasa begitu dahaga sekali.

Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur. Sampai saja di dapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk. Beliau tuang kedalam cawan dan meminumya.

Setelah meminum air tersebut, beliau kembali kedalam bilik dan menyambung tidur semula.

Suatu pagi ketika seorang suami hendak berangkat ke tempat kerjanya..

Suami : "Ling.. abang pergi dulu ya"
Isteri : "Abang tak sarapan dulu?"
Suami : "Tidak.. abang nak cepat nie!"
Lalu sisuami mencium bibir isterinya dengan mesra dan berkata "inilah sarapan pagi abang"

Tengaharinya.. si suami pulang kerumah..

Isteri : "Ada apa abang balik kerumah tengahari ni?"
Suami : "Ada sesuatu yang tertinggal"
Isteri : "Marilah makan tengahari dulu"
Suami : "Takpe lah.. abang nak cepat nie"
Lalu dengan mesranya si suami menghampiri isterinya dan mencium "dadanya" sambil berkata "Inilah makan tengahari abang!"

Petangnya.. ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap isterinya yang duduk tanpa pakaian diatas periuk nasi yang panas membara.. lalu betanya..

Suami : "Ling sedang buat apa tu?"
Isteri : "Panaskan makan malam bang!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...