Lagenda tentang Harimau Jadian sebenarnye bukanlah cerita baru di Malaysia. Malah telah ada drama, filem dan buku yang direka untuk menceritakannya. Tentu kita masih ingat filem Waris Jari Hantu lakonan Rushdi Ramli dan Maya Karin tidak berapa lama dahulu (tetapi diulang tayang hampir setiap tahun). Selain itu, banyak versi berkaitan Harimau Jadian ini. Ada yang mengatakan ilmu ini berasal dari Jambi, Rao, Acheh dan sebagainya.
Aku bukan nak bercerita tentang asal usul or review filem dan sebagainya. Aku just nak bercerita serba sedikit tentang kisah berkaitan Harimau Jadian ini dan anda bolehlah tentukan sendiri samada ia adalah mitos semata-mata atau realiti yang sebenar. Jika dicari dalam Google, ada yang menyatakan ia adalah mitos tapi ada juga yang menyokong pernyataan bahawa ia adalah benar-benar wujud.
Kesimpulan aku, Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Setiap kejadian adalah atas kehendakNya. Makhlus halus memang wujud dan ia banyak diceritakan di dalam Al-Quran. Begitu juga makhluk jelmaan. Makhluk jin juga pernah menjelma seperti manusia dan begitulah sebaliknya. Bagaiman mereka mendapatnya, dan adakah ia diperolehi dengan cara yang betul, sesat, warisan yang tak mampu dielak dan sebagainya adalah urusan Allah SWT.
Abu Darda' telah meriwayatkan hadis yang berbunyi:Ikuti kisah selanjutnya yang diceritakan kepada aku oleh seorang orang lama. Ia bukanlah bertujuaan untuk mengaibkan sesiapa. Ia hanyalah sekadar pengetahuan kepada kita semua. Cerita ini bukanlah satu-satunya cerita Harimau Jadian di Malaysia ini kerana rumpun Melayu di sini memang kaya dengan ilmu dan warisan dari tanah seberang, tapi aku ceritakannya kerana ia adalah sangat dekat dengan diriku.
"Allah menjadikan jin itu 3 golongan. Golongan ular, kala jeengking dan binatang tanah, golongan semacam angin di udara dan satu golongan di atas mereka hisab dan balasan. Dan Allah menciptakan manusia 3 jenis, satu jenis seperti binatang.
Negeri Sembilan memang terkenal sebagai negeri Minangkabau tempat bertapaknya ramai perantau dari negara serumpun Kepulauan Indonesia suatu masa dahulu yang terdiri dari beberapa suku (boleh dibaca di buku sejarah). Di satu perkampungan berhampiran Istana Seri Menanti terdapat satu perkampungan yang penduduknya terdiri dari suku-suku seperti Solomak, Acheh, Tiga Batu dll.
Aku sendiri tidak tahu kewujudan cerita ini sehinggalah diceritakan sendiri oleh seorang yang sudah lama bermastautin di kampung tersebut (orang lama) tentang kewujudan seekor Harimau Jadian dikampung tersebut. Mereka mengenali si 'Harimau' tersebut iaitu seorang lelaki yang bersukukan Acheh. Tetapi 'Harimau Jadian' ini bukanlah seorang yang lembut seperti dalam filem Waris Jari Hantu kerana dalam cerita tersebut mungkin menceritakan tentang Harimau Jadian yang lain.
Daripada mana ilmu tersebut diperolehi dan tujuannya tidak pula diketahui oleh mereka namun Harimau Jadian ini tidak pernah pula membuat onar dikampung tersebut malah beliau tidak pernah pula menunjukkan diri dalam bentuk harimau. Mungkin ia adalah saka penurunan daripada ayah dan orang-orang terdahulunya. Mungkin dia sendiri tidak meminta untuk jadi begitu. Tapi biasalah orang zaman dahulu kala, banyak 'pemandaiannya' Terutama nenek moyang mereka ini adalah daripada tanah Seberang.
Difahamkan bahawa jelmaan 'Harimau Jadian' lelaki ini adalah hanya untuk menjaga anak cucunya sahaja. Terutama pada zaman pemerintahan orang asing dan juga pemberontakan komunis dahulu. Si belang ini akan hanya bertukar jika dirasakan ahli keluarga dan kaum kerabat dari suku Acheh (dalam adat persukuan, sesama suku adalah seperti satu keluarga) terancam. Dan banyak lagilah kisahnya yang tidak diceritakan sebab si pencerita sendiri bukanlah sezaman dengan lelaki ini, dia hanyalah sezaman dengan anaknya sahaja.
Aku yang ketika itu masih lagi di darjah enam hanya mengambil mudah sahaja cerita itu. Bagi aku ia adalah cerita dari orang lama untuk bercerita kisah-kisah sejarah dan perjuangan orang terdahulu kepada kanak-kanak supaya cerita itu sentiasa diwarisi. Namun pada suatu hari di sekolah ku, seorang cikgu matapelajaran ape ntah (tak ingat) yang juga merupakan Pen Kanan Sekolah entah macam mana menyentuh tentang kisah Harimau Jadian ini. Malah dia dengan terang-terangan menyebut nama kampung tersebut. Dia juga menceritakan bahawa anak cucu lelaki tersebut jangan sesekali cakap seperti "Mampuslah kau kene makan dek harimau". Ia dikhuatiri Pak Belang tersebut akan mengambil tindakan seperti diminta kerana menjaga anak cucu mereka. Namun aku sendiri tidak pasti kesahihannya.
Namun, kini lelaki 'Harimau Jadian' ini sudah pun meninggal dunia sebelum aku lahir di dunia ini lagi. Selepas kematiannya penduduk sekitar ada juga terserempak dengan harimau tapi mereka sendiri tidak pasti adakah ia jelmaan lelaki tersebut yang dikatakan 'tidak diterima oleh kubur' (wallahhualam.. ini adalah kerja Allah) ataupun kaum-kaum kerabatnya. Yang pasti Pak Belang ini tidak pula mengganggu ketenteraman penduduk di situ. Malah difahamkan juga, lelaki 'Harimau Jadian' ini tidak memperturunkan ilmu tersebut kepada waris-warisnya. Mungkin aliran jelmaan tersebut telah berakhir dan beliau adalah waris yang terakhir.
Setelah balik kerumah selepas sekolah, aku bertanya pula kepada mak ku dan dia mengesahkan bahawa cerita tersebut adalah benar-benar terjadi dan si 'Harimau Jadian' tersebut pernah wujud di kampung tersebut. Mak ku menambah, ketika aku berumur 9 bulan, terdapat seekor harimau telah datang kesebuah rumah yang baru berlaku satu kematian. Aku juga berada di rumah tersebut namun ketika itu aku berada di dalam rumah dan aku juga masih lagi kecil ketika itu walaupun sudah mampu berjalan namun pastinya aku tak akan ingat apa yang aku lihat pada masa itu.
Sebenarnya, orang yang baru sahaja meninggal dunia tersebut adalah anak lelaki kepada si 'Harimau Jadian' yang sudah meninggal dunia itu. Harimau itu hanya duduk bertelingkuh di luar pagar rumah tersebut dan kelihatan sugul seperti sedang bersedih. Ini menguatkan lagi teori penduduk bahawa harimau yang datang itu adalah jelmaan arwah si 'Harimau Jadian' ini yang datang untuk menghormati kematian arwah anak lelakinya buat kali terakhir.
Semenjak hari itu tiada siapa yang pernah terserempak lagi dengan si 'Harimau Jadian' tersebut. Jika ada pun harimau liar. Mungkin zaman mereka sudah pun berakhir. Meantunya iaitu isteri kepada anak lelakinya itu masih lagi hidup bersama tiga orang anak yakni cucu-cucu beliau sehingga hari ini. Dan salah seorang cucunya adalah aku.
Al-Fatihah untuk arwah datuk dan ayahku.
0 comments:
Post a Comment