Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada seorang sojar (askar) tambahan, Rasyid (ini adalah nama sebenar - kini Allahyarham) pada zaman pergolakan komunis suatu ketika dahulu yang direkrut semata-mata bagi mempertahankan kawasan sekitarnya iaitu di sebuah daerah kecil di Negeri Sembilan dari keganasan komunis.
Cerita ini tidak berniat untuk mengaibkan beliau mahupun sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, ia adalah sekadar pengetahuan bagi kita yang lahir di dalam keadaan Malaysia yang sudah sedia aman dan makmur ini tentang bagaimana perjuangan anak bangsa kita yang terdahulu mempertahankan bumi Tanah Melayu ini daripada segala bentuk penjajahan dan petumpahan darah walau dengan "sekelumit" cara. Namun, niat mereka tetap satu, mempertahankan tanah ini demi keamanan dan kebahagian anak cucu mereka di masa hadapan.
Di dalam satu operasi, beliau bersama ahli pasukan yang lain telah diarahkan untuk meng'ambush' - menyerang hendap sarang komunis yang telah dikenal pasti dan juga diarahkan untuk membunuh komunis tersebut yang kebiasaannya tidak akan memberi peluang untuk ditangkap hidup-hidup. Dan segal perancangan telah disusun dengan rapi dan mereka juga diingatkan untuk mengira jumlah komunis yang dibunuh bagi menaksirakan anggaran komunis yang dapat meloloskan diri atau tiada di markas mereka ketika diserang.
Maka hendak dipendekkan cerita, maka berlakulah pertempuran yang sengit antara pasukan baik dan pasukan jahat tersebut. Selepas hampir setengah jam bertempur, maka keadaan menjadi sunyi sepi. Tiada lagi kedengaran bunyi tembakan ataupun bom petrol lagi. Nampak gayanya pertempuran tersebut telah tamat. Pasukan baik dikira telah menang kerana biasalah, serang hendap kan?? Tapi masih terdapat komunis yang berjaya meloloskan diri dengan malalui jalan rahsia yang of course depa dh buat siap-siap ketika mereka membina markas tersebut. Mereka pun tahu peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" what?
Rasyid dan pasukannya telah diarahkan berkumpul bagi membuat post-mortem kepada operasi mereka itu. Si commander telah menyoal setiap ahli pasukannya tentang bilangan komunis yang mereka berjaya bunuh..
Sojar 1 : Sembilan orang tuan!
Sojar 2 : Lima orang tuan!
Sojar 3 : Tiga orang tuan!
Rasyid : Tiada tuan!
Commander : Hah, nape tiada seorang pun ko bunuh Sid? Abis ape yang ko tembak?
Rasyid : Saya tembak periuk nasi mereka tuan
Commander : Sid, saya suruh kamu tembak komunis, nape kamu tembak periuk nasik mereka aje?
Rasyid : Kalo periuk nasik mereka sudah bocor, mereka tak boleh masak nasik tuan. Lama-kelamaan mereka akan mati jugak sebab lapar, tuan.
Commander dan sojar-sojar yang lain : #$%@%%^@$??
Apepun, aku pasti anak cucunya pasti tetap berbangga dengan perngorbanan Allahyarham kerana keberanian beliau berjuang mempertahankan yang hak. Semoga Allah merahmati beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ahahha tu mcm akal pendek jer, nak mati kebuluran makan masa yang lama. sib baik la kita hidup zaman dh xde komunis. tp zaman sekarang pun mencabar cara lain.
btw, jom join contest anjuran blog saya: CONTEST AZAM 2011
kalau sempatlah
Post a Comment