Aku terbaca satu artikel di Harian Metro semalam berkaitan isu pemakaian jersey bola atau sukan yang mempunyai logo, penaja dan sebagainya yang malambangkan tanda agama lain dan juga lambang-lambang yang menyerupai 'syaitan' seperti jersey Manchester United, arak seperti jersey Liverpool dahulu yang menayangkan iklan penaja Carlsberg dan lain-lain lagi yang kita tahu bertentangan dengan agama Islam. Artikel Penuh disini
Banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan malah ada yang menyatakan ia sebenarnya boleh dipakai tetapi mesti yakin yang ia hanyalah satu lambang pasukan bolas sepak semata-mata dan tiada kaitan dengan agam anutan, syaitan dsb. Namun sebagai umat Islam cara terbaik sudah tentulah menjauhinya kerana ia mampu mewujudkan rasa ‘syubhah’. Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah SWT tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya.
Pengharaman juga adalah muktamad bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank konvensional yang menawarkan produk riba. Ulama sepakat menyatakan yang Umat Islam dilarang sama sekali mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah SWT serta Rasul-Nya serta ia juga sama seperti seseorang itu berzina sebanyak 36 kali.
Ulama terkenal Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menjelaskan: “dan apa-apa yang diharamkan penggunaannya, diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi atau sebagai perhiasan.”
Walaupun, ulasan terakhir pada artikel itu mengatakan hukum memakai pakaian yang berlogo Red Devil adalah di antara harus dan makruh, namun bagi mengelakkan fitnah, aku dengan secara rasminya mengumumkan, aku bukan lagi peminat tegar Manchester United, aku hanya akan meminati corak permainan dan semangat berpasukan mereka sahaja. Tonton tetap tonton, tapi aku tidak akan membeli jersey Manchester United lagi.
So, macam mana dengan koleksi jersey aku yang sedia ada? Lebih 10 pasang koleksi jersey Man Utd nih, itu belum termasuk untuk anak aku. Sebenarnya isu ini sudah lama diketahui, tetapi dahulu pernah terbaca pendapat yang mengatakan semua ini adalah bergantung kepada niat. Tapi sekarang, aku sudah pun bertekad untuk membeli jersey pasukan kedua aku sahaja iaitu Spurs.. yeayy!!
Selain aritkel itu ade dua isu berbangkit lain berkaitan isu ini.
Pertama, Telekom Malaysia adalah salah satu penaja rasmi pasukan 'Red Devils' semenjak March 2010 dengan kontrak selama 5 tahun. So adakah mereka dan staf-staf mereka juga dikira shubhah?
Kedua, isu ini sebenarnya pernah keluar di akhbar Britain www.Telegraph.co.uk dan nama Mufti Johor Datuk Nooh Gadot dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menjadi famous seraya England dengan pengeluaran artikel tersebut. Artikel penuh disini
Namun bukan ini yang aku nak ketengahkan tetapi komen para pembacanya berkaitan isu ini. Antara yang sempat aku terjah,
1 comments:
so, perlu ke kite carik keje lain?? i think u boleh start apply bank islam / bank muamalat / alrajhi sbb u ade choice of islamic banking. tp saya mne ade choice?? ade ke mnde such as islamic ISP?? regardless saya join OCESB, NTT, JARING, Time, etc.. if they choose to fund non-islamic stuff, then what can i do?? tp agak upset laa dgn TM. i mean frm top to bottom, majority is Muslim, tp derang boleh pndang lekeh perkara ni. itu sbb laa those non-muslim morons can make fun of islam & the law. dah terang2 melaysia ni negara islam, agama rasmi islam, pemimpin islam, tp judi kt genting berleluasa. kilang arak terbesar kt asia kt mane??? kalau yg basic pon dah kantoi, ssh laa nk implement mnde2 major.
Post a Comment