Namun jelas sekali mereka yang merekacipta risalah ini bukanlah pelanggan Maybank yang mempunyai simpanan tetap, simpanan semasa, ASB loan atau melanggan produk-produk Maybank yang lain tetapi berdasarkan isu yang diketengahkan lebih menjurus kepada ketidakpuasan hati terhadap pengurusan dalaman institusi Maybank itu sendiri.. atau dengan lebih ringkas - 'Orang Dalam'
Flyer berwarna ini dicetak depan dan belakang dengan 4 bahasa yang mewakili 1Malaysia iaitu Bahasa Melayu, English, Chinese (tak sure la Cantonese ke Hokkien) and Tamil. Kenapa 'Merompak Pekerja Miskin Malaysia' dipilih sebagai tajuk oleh mereka ini? Kita sama-sama hayati apa yang cuba disampaikannya.
1. Maybank tidak membayar apa-apa pun kepada pekerja-pekerja berpendapatan rendah sebagai ganjaran atas prestasi mereka sejak 10 tahun lalu sedangkan eksekutif atasan pula dibayar berjuta-juta ringgit
2. Maybank turut merompak kasut-kasut yang layak diterima pekerja miskin - Maybank menafikan bekalan kasut yang wajar diberi mengikut perjanjian bersama
3. Maybank menyumberluarkan kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh kumpulan berpendapatan rendah kepada POS Malaysia. Tindakan ini akan menyebabkan kehilangan pekerjaan dan kemerosotan pendapatan
4. Maybank menolak permohonan pinjaman oleh pekerja-pekerja miskin atas pelbagai alasan, menyebabkan mereka terpaksa mencari 'Along'
APA yang dilakukan Maybank dengan keuntungan berbilion ringgit?
- Maybank membayar para Eksekutif Kanan yang minoriti termasuk CEOnya bayaran yang tidak dapat dibayangkan nilainya
- Maybank membayar Eksekutif Kanan yang minoriti bonus prestasi purata 8 bulan setahun sepanjang 10 tahun dahulu
- Maybank membelanjakan RM4.3 bilian untuk membeli syarikat Singapura - Kim Eng Holdings Ltd.
- Maybank memperluaskan bisnesnya ke negara-negara lain - mewujudkan peluang pekerja di negara lain tetapi pekerja-pekerja Malaysia kemungkinan hilang kerja
- Maybank melabur dalam pakatan 'bercelaru' dan haram dengan POS Malaysia
- Maybank mendedahkan maklumat peribadi dan rahsia pelanggan kepada POS Malaysia. Mengapa? Adakah POS Malaysia berhadapan dengan masalah perniagaan?
Maybank merupakan bank tempatan utama dan sebuah GLC, tetapi tidak membantu golongan miskin. Ia hanya membantu mereka yang Kaya Menjadi Lebih Kaya manakala yang Miskin Terus Menjadi Lebih Miskin
Rakyat Malaysia akan bersatu menentang Maybank yang menipu rakan-rakan mereka. NUBE merayu kepada kerajaan Barisan Nasional agar memastikan Maybank berhenti daripada merompak golongan miskin.
Tindakan-tindakan Maybank sungguh kejam dan akan menjejaskan matlamat Barisan Nasional bagi memastikan kekayaan negara dikongsi dengan adil dan melahirkan Masyarakat Berpendapatan Tinggi dan aspirasi Model Baru Ekonomi (MBE)
TSOK: Selepas TM juga mengutarakan isu yang hampir sama sehingga mereka menulis surat terbuka untuk PM, kini satu lagi GLC iaitu Maybank. Siapakah yang akan kedepan untuk membela nasib mereka-mereka ini? Adakah sehinggan mereka perlu meminta pertolongan Satuk Seri Anwar Ibrahim? LOL
1 comments:
Somebody necessarily lend a hand to make significantly posts I'd state. This is the very first time I frequented your website page and up to now? I amazed with the research you made to create this actual put up incredible. Magnificent activity!
Wonderful web site. A lot of useful info here. I¡¦m sending it to several friends ans also sharing in delicious. And naturally, thanks to your sweat!
hi!,I really like your writing very a lot! share we communicate extra about your post on AOL? I need an expert on this space to resolve my problem. May be that is you! Having a look ahead to look you.
Post a Comment