1. Female fans will not be bullied into covering up
Presiden FIFA sendiri menekankan bahawa peminat wanita sekrang ini adalah sangat tinggi dan perlu diutamakan. Qatar tidak mempedulikan tuduhan yang melabelkan Qatar sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar diskriminasi dan keganasan wanita yang sangat tinggi dengan tidak menafikan atau mengiyakan tuduhan tersebut namun tetap hadir dengan proposal berkaitan keselamatan wanita
2. There will be lots to do away from the games
Peminat bola sepak dari luar negara bukan sahaja boleh datang menyaksikan World Cup sahaja, tapi boleh juga menikmati pakej-pakej lain yang disediakan bukan sahaja oleh Qatar tetapi juga negara-negara jiran Arab yang lain dengan pembinaan jalan yang dibina bernilai 3 billion dollar merentasi beberapa negara jiran tersebut
3. Teams and supporters will be safe from terrorist attacks
Wikileaks pernah mendakwa bahawa Qatar adalah wilayah keganasan yang bersama Russia adalah negara yang mempunyai kedudukan keselamatan terendah di dunia. World Cup sememangnya melibatkan penyertaan banyak negara-negara Barat terutamanya nmusuh Negara Arab seperti Amerika Syarikat, Australia, England (jika mereka layak) yang tidak lari dari Alkohol dan Israel, sehingga terdapat majalah Jihad di Internet yang menyatakan bahawa event ini adalah target yang sangat sesuai sanagat untuk berjihad <-- Takut tak?? LOL
4. You will never find any evidence of FIFA officials being bribed
Wall Street Journal telah melaporkan bahawa salah seorang dari pegawai pembida dari Qatar telah mendedahkan yang Qatar telah diminta untuk membayar sejumlah wang yang besar kepada Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) bagi melangsaikan hutang mereka. Presiden AFA adalah salah seorang pegawai kanan FIFA namun dia menafikan dakwaan tersebut. Dengan kewangan hasil minyak Qatar yang melimpah ruah, mereka mungkin boleh membeli apa sahaja, tetapi adakah mereka boleh membeli maruah sesebuah negara?
5. The Qatari team will do well
Pertandingan terbesar yang terakhir Qatar adalah di Piala Teluk di Yaman - yang berakhir dengan tragedi berdarah. Dengan ranking FIFA 113 dunia, tidak banyak yang boleh diharapkan namun sebagai tuan rumah, mereka pastinya mengharapkan tuah di tanah sendiri dan bantuan-bantuan 'sampingan' dari negara kaya tersebut
6. Israel will be allowed to play
Melihatkan persengketaan Israel dengan Negara-Negara Arab, isu ini adalah teramat penting jika Israel layak ke Piala Dunia nanti. Dengan sejarah pada 1970-an, Israel diusir dari Konfederasi Bola Sepak Asia selepas para pegawai berada di bawah tekanan dari pasukan Arab yang menolak untuk bermain menentang mereka. Jika Qatar telah menyatakan untuk membenarkan Israel bermain jika mereka layak, namun adakah peminat mereka juga akan dibenarkan masuk ke Qatar untuk menyokong pasukan mereka dan adakah mereka berani menjolok sarang tebuan juga?
7. You won’t get hot <- also a 'hot' girls
Mampukah anda berada di stadium dengan suhu 115 darjah celcius? Qatar telah berjanji untuk membina sembilan stadium baru di seluruh negeri dan membaik pulih tiga. Apa yang paling menarik akan teknik stadium 'pendinginan, dengan menggunakan tenaga matahari untuk memanaskan air yang kemudian menjadi ais, bererti tiada di stadium manapun suhunya akan naik di atas 80 darjah. Qatar mengatakan teknologi ini akan diberikan percuma untuk membangunkan negara yang agak panas untuk bermain bola sepak. Malaysia juga mungkin boleh mendapat satu.. LOL
8. You’ll have somewhere to stay
Walaupun Qatar sememangnya mempunyai rangkaian hotel-hotel mewah yang bertaraf dunia terutama di Doha, namun ia masih belum mencapai jumlah minimum 90,000 bilik yang diperlukan oleh FIFA untuk menjadi penganjur Piala Dunia kerana mereka hanya memiliki sekitar 44,000 bilik sahaja. Tetapi mereka berjanji untuk menambah 140 hotel lagi dalam pelbagai bintang dengan dijangka penambahan 55,000 bilik lagi termasuk bilik di dalam kapal persiaran yang akan berlabuh di Al Wakrah
9. Fans can get a beer at the games
Sebahagian besar negara di Timur Tengah melaksanakan undang-undang Islam, dengan batasan halal dan haram. Peraturan ini boleh berubah-ubah, tetapi di Qatar, hotel-hotel hanya dibenarkan untuk melayani alkohol (dengan beberapa hotel memerlukan anda untuk menjadi ahli dan mengesahkan ID anda untuk dilayani sama sekali). Beberapa orang boleh memiliki lesen untuk membeli alkohol, tetapi untuk dipertimbangkan, mereka harus bekerja di Qatar dan menyerahkan surat dari majikan, termasuk kedudukan dan status perkahwinan, Hal ini dapat membuktikan suatu situasi sukar bagi sebahagian besar pelancong Piala Dunia. Qatar telah berjanji akan menyediakan 'zon peminat' dimana jual beli alkohol di'halal'kan.
10. You can see more than one match in a day
Janji ini telah terpampang di poster semua sekitar ibu negara Qatar, Doha. Walaupun Qatar akan menjadi negara terkecil untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia sejak Uruguay tahun 1930 dan waktu itu hanya 13 pasukan menyertai. Dari 12 stadium yang dicadangkan, 10 dikatakan dalam radius 15-18 batu antara satu sama lain, dan perjalanan antara mereka dijangka akan memakan masa tidak lebih dari satu jam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment