Yeay, tahniah Malaysia di atas kejayaan membawa pulang Piala AFF Suzuki 2010 selepas menang dengan aggregate 2-4 menumpaskan Indonesia walaupun tewas di tempat lawan dengan jaringan 2-1
Dan, setnggi penghargaan kepada PM Malaysia, kerana mengumumkan besok adalah cuti umum kepada semua penduduk Malaysia. Semestinya aku sendiri sudah menjangkakannya, sebab itulah aku mula menyokong Malaysia setelah mereka layak ke perlawanan akhir. Seriously, aku kali terakhir menyokong Malaysia ketika zaman Azman Adnan, Shahrin Majid and Co.
Aku tidak perlu mengulas dengan panjang lebar berkaitan perlawan, laser dan sebagainya kerana cerita tersebut banyak terpampang di dada-dada akhbar, blog, forum, website etc. Cuma aku nak menyentuh dua perkara menarik perhatian aku.
Pertama adalah penggunaan warna jersey Malaysia. Ramai mengatakan jersey warna biru adalah 'ong' bagi Malaysia berbanding warna rasmi kuning seperti sebelum ini - sudah kurang berdaulat LOL, tapi bagi aku ia adalah secara kebetulan. Cuma dari segi psikologi, penggunaan warna ini telah lama dikaji oleh pakar-pakar psikologi dari seluruh dunia. Contohnya, mereka mendapati penggunaan wanra merah bagi goalkeeper adalah paling sesuai kerana ia dapat menghalang konsentrasi atau serangan 'psikologi' dalaman kepada lawan semasa berada di hadapan gol dll.
Kalo kita tengok di Englis Premier League (EPL) sebagai contoh, tolong senaraikan pasukan yang menggunakan jersey utama berwarna kuning. Tentunya boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Biru? - banyak, Merah? - banyak, Putih? - banyak etc. So, adakah Malaysia akan mengekalkan penggunaan jersey warna Biru, kita sama-samalah tunggu pada pertandingan akan datang. Ranking FIFA Malaysia pastinya akan naik tak lama lagi.. aku turut berbangga. Tahniah.
Secara kebetulan, warna biru minggu ini agak 'ong' bagi pasukan bolasepak bukan sahaja di Asean, tetapi juga di EPL.. hehe
Congrates Blues
Malaysia 4 - 2 Indonesia
Chelsea 1 - 0 Bolton
Malaysia 4 - 2 Indonesia
Chelsea 1 - 0 Bolton
Sorry Reds
Birmingham 1 - 1 Man Utd
Wigan 2 - 2 Arsenal (Home Jersey is Red)
Liverpool 0 - 1 Wolves (Ulpss.. trully sorry The Reds)
Kedua, aku pertama kali mengetahui yang pasukan kebangsaan Indonesia tidak menggunakan bas untuk pergi ke stadium dari hotel penginapan mereka, tetapi mereka menggunakan kereta kebal. Walaupun hotel mereka hanya kira-kira 500 meter dari stadium, demi keselamatan mereka diiringi oleh pasukan tentera lengkap bersenjata.
Aku menjangkakan, pasukan tentera darat, udara dan laut pastinya akan dikerahkan mengawal mereka selepas tewas terutamanya kapten mereka, Wak Firman yang gagal menyempurnakan tendangan penalti. Alah, bukan dia yang tak bagus ambil tendangan penalti itu, tapi keeper Malaysia yang lagi bagus. Top 5 keeper in the world now what? Tak caya, cuber la Google sendiri Khairul Fahmi Che Mat.. haha
0 comments:
Post a Comment