“We would like to make it more convenient for Muslims to realise their dream of visiting the House of Allah, and fulfilling the fifth pillar of Islam. “The initiative is also in line with the bank’s role as a socially-responsible corporate organisation and in helping the Ummah,” KFHMB Chief Executive Officer Jamelah Jamaluddin said in a statement today.The KFH Personal Financing-i Hajj and Umrah reinforces the bank’s commitment as a provider and innovator of financial products that uphold Shariah principles. It will collaborate with reputable partners to enable customers and their immediate family members perform their pilgrimages at reasonable prices
TSOK : Mesti ramai pernah mendengar iklan di radio berkaitan ini. Cuma, adakah ia adalah sesuatu yang benar-benar mangikut suruhan atau sunnah Nabi Muhammad SAW? Sebagai sebuah bank berlandaskan Islam, aku percaya mereka pastinya lebih memahaminya. Aku mengharapkan, Research Department KFH ini sudah membuat rujukan secara terperinci denagn merujuk kepada para ulama promosi ini. Jangan kerana keuntungan, mereka sanggup lari dari prinsip perbankan Islam mereka
Adakah seseorang dituntut untuk meminjam semata-mata untuk tujuan Haji dan Umrah? Apatah lagi pembiayaan dari Institusi Kewangan yang akan menyebabkan kos yang lebih tinggi dari harga asal kos haji.
Jawab ringkasnya TIDAK. Itulah jawapan ringkas yang diberikan oleh Nabi SAW apabila ditanya oleh seorang sahabatnya Abdullah Bin Abi Awfa,
سألته عن الرجل لم يحج أيستقرض للحج ؟ قال : لا
Ertinya : Berkata Abdullah : Aku bertanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang lelaki yang belum menunaikan Haji, adakah boleh ia meminjam wang untuk Haji? , jawab Nabi : TIDAK" -Musnad As-Syafie
Islam tidak memberatkan seseorang untuk menunaikan haji dan umrah kecuali kepada mereka yang benar-benar sudah sampai kemampuan dan bukan kemampuan yang dipaksa-paksa sebelum tiba saatnya. Imam Ibn Qudamah menjelaskan bahawa para ulama hampir sepakat menyatakan bahawa belanja bekalan itu mestilah :-
أن يكون هذا فاضلا عما يحتاج إليه لنفقة عياله الذين تلزمه مئونتهم في مضيه ورجوعه لأن النفقة تتعلق بها حقوق الآدميين , وهم أحوج وحقهم آكد...وأن يكون فاضلا عن قضاء دينه
Ertinya : Dan hendaklah (bekalan ini) adalah harta yang lebih dari apa yang wajib ke atas tanggungjawabnya dari nafqah keluarga yang wajib disediakannya semasa pergi dan kembalinya, ini adalah kerana nafqah berkait dengan hak manusia, dan ia adalah lebih perlu dan diutamakan ( dalam hal ini dari Haji yang merupakan Hak Allah semata-mata),...selain itu mestilah bekalan ia dari harta yang lebih dari mencukupi untuk melunaskan hutangnya. - Al-Mughni, Ibn Qudamah
Tanpa penilaian yang tepat, seseorang itu mungkin sahaja pergi haji dengan dosa kerana mengabaikan hak individu lain yang lebih berhak ditunai segera.Sebagaimana berdosanya seorang isteri yang berpuasa sunat tanpa izin suami. Banyak lagi surah-surah dan hadith-hadith beerkaitan perkara ini boleh dirujuk. Perlu diingat beribadat itu tidak menghendaki kepada menyusahkan diri sendiri atau orang lain
Oleh itu, tidak dituntut dalam Islam menunaikan ibadat haji dengan berhutang, kerana pada dasarnya orang yang berhutang dan orang yang mempunyai hutang dianggap sebagai orang yang belum mempunyai kemampuan (istitha‘ah) untuk mengerjakan haji.
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment