Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, diatas katil sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.
Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu. Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu, abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu, abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik.
Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu, abang selalu gigit-gigit leher saya" Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil
tu.
Dengan hairan si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi la ni!!!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment